Banyak yang ingin diperkatakan tetapi tiada idea untuk disalurkan.Entah mengapa emosi seakan kurang stabil.Tekanan tiada kerja mungkin.
Selasa ini genap 2minggu permergian bapa saudaraku ke rahmatullah.Dia meninggal dunia pada 23hb Mac 2010 yang lalu kerana serangan jangtung mengejut.Aku kurang pasti apakah ia.Tetapi bagi fikirana aku mungkin kerana arwah seorang perokok tegar.Tiada yang mampu aku berikan selain doa agar rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.Amin.
Kalau kalian melihat status Facebook ku,itulah sebab aku ke Ampang.
Apabila bercakap mengenai kematian, aku bersimpati kepada mereka yang ditinggalkan. Dalam kes ini, ibu saudaraku,Mak Anjang iaitu adik kepada Abah ku & anak tunggul arwah,Amirul Aizat adik saudaraku.Serius,hati aku sayu & sedih melihat mereka anak-beranak kehilangan orang tersayang dengan tiba-tiba. Ya aku tahu,ajal & maut di tangan Allah.Tapi melihat kepayahan mereka untuk menerima hakikat sangat meruntum jiwa.
Minggu sebelum pemergian arwah,aku sibuk menonton cerita-cerita seperti Millionaire's First Love & A Walk To Remember.Minggu selepasnya pula aku membaca novel PS,I Love You.Semuanya mengenai pemergian orang yang tersayang buat selama-lamanya.Sangat kebetulan.Cerita mengenai susah payah & perasaan orang yang ditinggalkan.Bagaimana susahnya meneruskan hidup & menerima kehilangan insan yang selama ini sentiasa di sisi.Sangat sedih ok & aku menanggis.Ya,aku cembeng & hati kecil.
Aku berharap Mak Anjang & anaknya dapat meneruskan hidup dengan baik.Ya,dari segi kewangan mereka tiada masalah.Tapi,dari segi mental & kesihatan.Aku harap yang terbaik untuk mereka.InsyAllah.
Cubaan untuk keluaran puitis mungkin gagal.Maaf!!!Aku seorang yang straightforward terutama sekali dalam menyampaikan isi hati.
Jaga diri!!!
No comments:
Post a Comment